Dua terbunuh, 3 cedera dalam serangan Israel ke atas Lembah Bekaa, Lubnan

Dua orang terbunuh dan tiga cedera parah dalam serangan Israel ke atas sebuah apartmen di Bar Elias di Lembah Bekaa, Lubnan, menurut berita Aljazeera memetik laporan Agensi Berita Kebangsaan (NNA).

Menurutnya, agensi itu melaporkan bahawa serangan itu menyasarkan seorang pegawai al-Jamaa al-Islamiya, mencederakan lelaki itu secara kritikal dan membunuh dua anak lelakinya.